Temuduga IPG 2014/ Pengalaman dan TIps Temuduga IPG/ Sijil apa yang perlu dibawa semasa temuduga IPG
Monday, 12 May 2014 • 06:34 • 7 comments
Assalammualaikum,

Alhamdulillah, hari ini saya sudah melepasi temuduga IPG pada 12 Mei 2014. Saya ingin berkongsikan sedikit pengalaman semasa hari temuduga.

Sijil apa yang perlu dibawa semasa temuduga?

Salinan:
1.Kad pengenalan
2. Surat beranak
3. Slip SPM/ sijil SPM
4. Sijil Berhenti sekolah
5. Sijil-sijil lain seperti sijil akuan sekolah, sijil ujian lisan, oral test, peka dan apa-apa yang berkaitan dengannnya. (kalau anda ada ambil perakaunan dan seni sertakan sekali sijil tersebut)
6. Sijil kokurikulum (hanya tingkatan 4 sehingga 5 dan apa-apa yang berkaitan dengannya)

Asal:
1. Surat yang disuruh cetak.
2. Semua yang ada pada salinan. (pastikan disahkan dahulu kerana jika anda abaikan tentangnya, akan membuatkan panel temuduga marah)

* letakkan dalam clear folder

***dan perlu bawa apa-apa yang disuruh yang tiada di atas.

Macam mana nak susun sijil-sijil dan dokumen?
-Tidak perlu risau kerana anda akan diberitahu bagaimana untuk menyusun sijil dan dokumen tersebut.


Pengalaman temuduga saya:

Jika anda dah masuk dalam dewan atau bilik yang ditetapkan, jangan duduk selagi panel temuduga tidak suruh duduk.

Temuduga dijalankan selama 1 jam. 30 minit sesi perbincangan sesi kumpulan. Akan ditayangkan video pendek. Anda perlu faham dan huraikan apa yang dilihat dalam video tersebut. Pastikan tidak lari daripada tajuk.
Jangan risau, anda pasti akan dapat bercakap walauun anda tiada idea untuk bercakap pada masa itu. Hanya perlu yakin pada diri sendiri dan jawablah dengan penuh semangat.

30 minit lagi pula, panel temuduga akan menyoal secara individu. Ada kalanya satu soalan boleh dijawab beberapa orang calon. Ada juga satu  hanya untuk seorang calon.
Jawab sahaja apa yang terintas di fikiran anda. Pastikan jawapan anda bersesuaian dengan solaan yang disoal.
Jangan lari daripada soalan.


Antara soalan yang diajukan kepada saya dan kumpulan saya (saya calon Bahasa Melayu):

1. Kenapa bahasa kebangsaan menjadi rosak?
2. Sebagai seorang guru, bagaimana anda ingin meningkatkan BM kepada murid anda?
3. Apa beza ayat majmuk dengan ayat tunggal?

** saya tak berapa pasti, tetapi lebih kurang seperti ini soalan yang ditanya.

Semasa saya ditemuduga, tiada soalan isu semasa yang disoal. Tetapi calon perlu juga tahu isi semasa yang berkaitan dengan kursus yang diambil calon untuk kaitkan isu semasa dengan soalan yang akan diajukan. 

Tiada karangan pernytaan hasrat. Tetapi calon perlu bersedia kerana ada juga penel yang  menyoal, "kenapa anda ingin menjadi seorang guru?"

Perlu bersedia untuk menjawab soalan dalam bahasa inggeris. Saya yang mengambil bidang bahasa Melayu perlu juga untuk menjawab soalan bahasa inggeris.

 Cakap sahaja apa yang disoal kerana panel temuduga mahu kita berinteraksi dan bercakap. Dari situ penilaian dilakukan.

Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Selamat berjaya kepada calon yang akan menduduki temuduga IPG 2014! :)
























OLD
This owner ♥
Thanks for coming to this entry


Welcome to this entry


Assalamualaikum ! Beginning your world with 'Bismillah' . Welcome to Crafting world.
Mood : I'm happy for today. tomorrow and next... ^^ Just be my friends at here!
Just : Say 'Alhamdulillah' :p Be open minded person :) !


Chating here ♥
Leave your footprint here

Put your cbox

Awesome people ♥
Thank for following me

Credits ♥
Smile always ^^ :D

Basecode:Masterly Elmo
Template:Izyanyancinnamon
Other help:B L O G S K I N
Best View:Google Mozilla
Owner blog: DizZatie

Thanks for this templete